Kursus ini memberi tumpuan kepada asas-asas rekabentuk, perkembangann, pembangunan dan perlaksanaan produk multimedia dan teknologi web menggunakan perisian terkini. Antara topik perbincangan termasuklah penghasilan dan manipulasi elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktiviti. Selain itu, ia turut memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknologi multimedia seperti hypermedia, WWW, storan, audio dan video digital, antaramuka web, kebolehgunaan (usability) pengaturcaraan asas seperti HTML, JavaScript, CSS, XML dan sebagainya. Pelajar akan menghasilkan produk multimedia sendiri seperti video pendek dan laman web.
SINOPSIS

ASAS MULTIMEDIA DAN
TEKNOLOGI WEB
DR. ZUKERI BIN IBRAHIM
cft1063 - sCW 1/4 (T)
VIDEO PENDEK

Dalam mata pelajaran CFT1063 iaitu Asas Multimedia dan Teknologi Web, kami telah diberikan tugasan untuk melaksanakan satu website mengenai tajuk “evergreen” ataupun tema berbentuk warisan. Seperti yang kita tahu tema warisan ini adalah berkenaan budaya yang ketara seperti bangunan, monumen, hasil seni. Kumpulan kami telah sepakat untuk memilih negeri Terengganu bagi kerja kursus ini. Kami telah membentuk satu kumpulan iaitu seramai lima orang ahli. Kami telah membuat perbincangan dan memutuskan untuk untuk membuat website ini menggunakan tajuk yang sama seperti tugasan video pendek kami iaitu Satu Hari Di Terengganu.
Tajuk website ini adalah berkaitan dengan destinasi yang menarik di Terengganu yang mana dapat dikunjungi oleh orang ramai. Disebabkan pandemik Covid-19 ini ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat keluar bekerja dan melancong di dalam mahupun luar negara. Dalam website ini, kami memperkenalkan beberapa tempat yang boleh dilawati selepas pandemik ini reda seperti Nasi Dagang Atas Tol, Jambatan Angkat Terengganu, Pantai Batu Buruk, Pasar Payang, dan Pok Nong Celup Tepung. Dibawah merupakan video pendek yang telah dihasilkan oleh kumpulan kami mengenai Terengganu.